Berikut merupakan beberapa tip untuk menjaga, mengendali dan merawat pena USB drive:
1. Ikut prosedur mencabut USB pendrive daripada Port USB.
Apabila selesai menggunakannya, biasakan diri mencabutnya dengan mengikut prosedur yang betul. Amalkan menekan butang 'eject' sebelum menariknya keluar daripada port USB. ini dapat mengelakkan USB pendrive daripada berlakunya kerosakan dan juga dapat menyelamatkan data yang tersimpan dalam pena USB drive tersebut.
2. Elakkan menyunting data secara langsung daripada pendrive.
Sama seperti produk lain, Pendrive memiliki jangka hayat tertentu. Ini bermakna ia akan rosak dan tidak boleh berfungsi pada satu-satu masa. Jika kita lihat spesifikasi jangka hayat pendrive, biasanya berada sekitar 10,000 hingga 100,000 (read/write). Oleh sebab itu, kamu mampu memanjangkan jangka hayat pendrive tersebut dengan TIDAK menyunting data secara langsung daripada pendrive tersebut.
3. Imbaskan pendrive dengan Antivirus secara rutin.
Ini merupakan salah satu cara yang harus diamalkan apabila menggunakan pendrive. Untuk menghapuskan virus yang ada di dalam pendrive, jangan lupa untuk mengimbasnya (scan disk) dengan antivirus yang terdapat dalam komputer. Dengan cara ini, ia boleh menjaga data yang ada dari dijangkiti virus yang kemudiannya akan memberi kesan sedikit demi sedikit.
4. Jauhkan daripada air.
Walaupun beberapa pengeluar mendakwa produk mereka kalis air dan tahan lasak, seboleh-bolehnya cuba elakkan daripada ia berada dalam persekitaran yang basah dan berair. Sekiranya pendrive terkena air, keringkannya terlebih dahulu sebelum menggunakannya semula. Pastikan ia betul-betul kering sebelum di sambungkan semula ke port USB.
5. Elakkan daripada kesan impak yang kuat.
Dengan membiarkan pendrive terjatuh dari tempat yang tinggi atau tertindih dengan barang yang berat boleh merosakkan pendrive. Jangan dedahkan pendrive kepada perkara yang mendatangkan risiko yang boleh merosakkannya. Simpan pendrive di tempat yang selamat dan mudah di jaga. Satu perkara lagi, jangan lempar atau melontarkan pendrive seperti sebiji bola tenis.
6. Hindari dari medan magnet.
Menjadi kebiasaan setiap produk elektronik yang boleh menghasilkan medan magnet seperti televisyen dan telefon bimbit adalah tidak baik bagi pendrive. Oleh itu jangan biarkan pendrive diletakkan berhampiran dengan peralatan elektronik yang sedemikian.
7. Elak suhu yang terlalu tinggi.
Suhu yang terlalu tinggi juga mampu memberikan kessan negatif kepada prendrive. Kamu haruslah bijak menjaganya agar tidak rosak dan memberi kesan yang tidak bagus kepada data yang tersimpan di dalamnya. Jauhkan pendrive daripada suhu yang terlalu tinggi.
8. Bersihkan sambungan (connector) pada pendrive USB.
Keadaan yang kotor pada sambungan boleh menyebabkan proses membaca dan menulis gagal pada pendrive. Amalkan memcuci penyambung pendrive dengan menggunakan kain pengelap antiseptik atau tin tekanan udara (compressed air can) untuk menyembur bahagian yang dipenuhi dengan kotoran
Saturday, November 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment